Close

September 14, 2012

MRDS Official Launch Dec 2008

PPJJM telah dilancarkan secara rasminya pada 20 Disember 2008. Bertempat di Perpustakaan Komuniti MBPJ di Petaling Jaya, majlis pelancaran PPJJM telah dilancarkan oleh Tan Sri Datuk Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail, pengerusi Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia. Professor Dr Thong Meow Keong, pakar perunding kanak-kanak dan genetik dan juga penasihat kepada PPJJM telah memberi penerangan ringkas tentang penyakit jarang jumpa

Seorang lagi tetamu jemputan khas iaitu Dato’ Sim Ooi Hong telah berkongsi pengalamannya dengan Osteogenesis Imperfecta. Walaupun beliau menghadapi banyak cabaran dalam kehidupannya, beliau berazam tinggi dan bekerja kuat sehingga menjadi seorang peguam yang berjaya.

Dimajlis yang sama, PPJJM memberi penghargaan kepada ahli-ahli PPJJM yang berjaya samada dalam bidang akademik, sukan atau bakat lain melalui pemberian Anugerah Cemerlang Ahli PPJJM. Anugerah ini diberi dengan harapan ia dapat memberi dorongan positif sesama ahli PPJJM agar terus cekal mengharung cabaran dalam kehidupan di samping meningkatkan konsep kendiri (self-concept) mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *